Sunday 23 June 2013

BOLASEPAK PERSAHABATAN DI ANTARA KRTDA DAN PPDK, PUTRA, NILAI.

BOLASEPAK PERSAHABATAN DI ANTARA KRTDA DAN PERSATUAN PENDUDUK DESA KOLEJ, PUTRA NILAI,NLAI (PPDK).
Bolasepak remaja KRTDA dan Pers. Penduduk Desa Kolej bersama orang kanan masing-masing bergambar sebelum perlawanan.

Sukan bola sepak adalah sukan paling diminati di seluruh dunia, malah ia menjadi sukan nombor satu di kebanyakan negara termasuklah di Malaysia.

        KRT Desa Anggerik telah memiliki skuad bola sepak remaja dan juga skuad belia yang  aktif bermain di waktu petang dan di hujung minggu. Skuad remaja sentiasa aktif mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad-skuad remaja sekitar Nilai, Seremban dan Sepang.

Taman Desa Anggerik terletak dalam daerah Nilai iaitu di kawasan Putra Nilai, di bawah penyeliaan Majlis Perbandaran Nilai. Desa Anggerik adalah di antara taman perumahan yang terawal di bina di sini. KRT Desa Anggerik ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006 dan dipengerusikan oleh Mejar (B) Jamian bin Jumi. Terdapat kira-kira 700 buah rumah dan terdapat kira-kira 1000 penghuni yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama, hidup dalam rukun dan damai.



        KRTDA melaksanakan tugas dan fungsinya dalam memastikan penghuni sentiasa berhubung dan berinteraksi di antara satu sama lain. Skim Rondaan Sukarela (SRS) masih berjalan sehingga kini dan melibatkan penyertaan ramai penghuni termasuk dari mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kedudukan taman bersebelahan dengan USIM juga menjadikan pihak KRTDA menjadi pilihan warga kampus untuk melakukan kegiatan kemasyarakatan, di mana penghuni taman turut mendapat limpahan ilmu dan aktiviti yang dianjurkan.



KRTDA menggariskan beberapa objektif hasil kejohanan ini.. diantaranya ialah:

1.1     Mewujudkan program-program berteraskan perpaduan dan semangat kerjasama di kalangan penghuni bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia.
1.2     Menggalakkan cara hidup sihat di kalangan penghuni dengan mengadakan kegiatan berbentuk sukan dan rekreasi.
1.3     Mewujudkan satu medium komunikasi dan toleransi dengan mengumpulkan sebanyak mungkin penduduk dalam satu-satu masa bagi membolehkan mereka saling berinteraksi         di antara satu sama lain.
1.4     Meneruskan dan menggerakkan KRTDA dengan aktiviti-aktiviti yang bermanafaat dan berkesan di kalangan AJK dan penghuni taman.
1.5     Mengeratkan persahabatan dikalangan penduduk setempat dengan penduduk taman berhampiran.

            Berikut adalah butir-butir berkaitan program tersebut;

            TARIKH: 30 JUNE 2013 (AHAD)
            TEMPAT: PADANG AWAM DESA ANGGERIK, PUTRA NILAI, NILAI.
            MASA: 8.00 -11.30 PAGI.
            PESERTA: 1) Remaja bawah 19 tahun
                               2) Dewasa
 Program dirasmikan oleh En Mohd Zaizulman b Zainal Abidin, Pegawai Perpaduan Daerah Seremban

Seremban dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negara.

Keputusan Perlawanan:

1) Remaja bawah 19 tahun dimenangi oleh Pasukan Desa Anggerik (2-2  sepenuh masa. :  penalti 7-6)

2) Dewasa dimenangi oleh pasukan dari Desa Anggerik 1-0

Berikut adalah beberapa foto sekitar program tersebut.

Wajah-wajah ceria pegawai kanan .
Tetamu jemputan  turut hadir menceriakan majlis.
Peserta dari pihak lawan Sdr Azman dan Sdr Helmie sempat bergurau tentang bola yang gagal diselamatkan ke dalam gawang mereka.
Jamuan berat juga disediakan kepada semua peserta dan para hadirin.
Menjamu sambil berbincang strategi permainan bola seterusnya.
Jersey KRTDA siap sedia beraksi.
Para tetamu sedang menjamu selera .
Hadiah yang bakal diterima oleh para peserta.
Sdr Mejar Jamian bin Jumi pengerusi KRTDA sedang memberikan ucapan.
Sdr Kamarul dari Persatuan Penduduk Desa Kolej sedang memberikan ucapan alu-aluan.
 Mr. Kelvin Lim (baju putih)  turut hadir memberi sokongan moral  manakala Sdr Saiful (baju merah) penyerang utama pasukan Desa Kolej  tersenyum manis.
Psukan bolasepak remaja KRTDA dan Desa Kolej bergambar sebelum perlawanan.

Pasukan bolasepak remaja KRTDA.



 

Membuat lining padang sehari sebelum majlis.


Sdr Syawal, Hj Saiful dan Sdr Mazlan sedang gigih membuat garisan padang.
Program telah berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan tanpa anda semua maka program ini pasti tidak mampu dilaksakan.




Saturday 22 June 2013

PERTANDINGAN BOWLING KRT DUN NILAI DAN LABU DI AIRPORT SPORT CENTRE NILAI.

PERTANDINGAN  BOWLING  KRT DUN NILAI DAN LABU  DI AIRPORT SPORT CENTRE NILAI ANJURAN KRT CENDERAWASIH @ENSTEK.
TELAH DIRASMIKAN OLEH DATUK HASSIM BIN RUSDI
ADUN KAW. LABU, N.SEMBILAN.

TARIKH: 23/6/2013 (AHAD)

PESERTA MEWAKILI  KRTDA:

Nama Pasukan: SERI ANGGERIK
Pengurus : Mejar (B) Jamian Jumi
Peserta;
1)Zakaria bin Husin
2)Mohd Noor bin Hj Hashim
3)Mohd Muhlis bin Sukir
4)Norazlin bte Busro
5)Masmarina bt Katerun

Keputusan kejohanan;
Johan pertandingan ini dimenangi oleh peserta tuan rumah iaitu KRT Cenderawasih dari Enstek.
Tahniah.


Pengerusi Jiranita Pn Cik Suraida bersama peserta wanita Pn Masmarina.
Barisan mantap peserta dari KRTDA. 
Peserta lelaki sebelum pertandingan bermula.
Datuk Hassim bin Rusdi ,ADUN kawasan Labu, NS merasmikan program.

Barisan peserta sedang khusyuk mendengar ucapan dari pengerusi majlis.
Tn Mejar (B) Jamian bin Jumi diberi penghargaan menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Datuk Hassim.
Peserta dari KRTDA bersama YB Datuk Hassim bin Rusdi selepas ucapan perasmian.


SESETIA KHADIJAH SEKENTAL AISYAH



PROGRAM: SESETIA KHADIJAH SEKENTAL AISYAH
TARIKH: 16 JUNE 2013 /AHAD
TEMPAT: SURAU DESA ANGGERIK, NILAI
MASA: 8.00 PAGI - 1.00 PETANG
ANJURAN BERSAMA: SURAU D.A, KRTDA, ISMA SEREMBAN, I-MEDIK DAN TABUNG HAJI.

PEMBENTANG: Y.BHG. USTAZAH RAZIDAH ADAM
Penolong Mufti, Bahagian Fatwa,
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan,
AJK Wanita Isma Seremban.

AKTIVITI:
1)Persembahan sajak
2)Pertandingan mewarna kanak-kanak
3)Pertandingan gubahan (Bahan asas telekung& sejadah)
4)Pertandingan masakan- berasaskan labu
5)Pemeriksaan kesihatan ibu dan anak-anak oleh I-Medik bersama kaunter pendaftaran TAHA.

Majlis dirasmikan oleh Tn Mejar (B) jJamian bin Jumi selaku pengerusi KRTDA.


Ustazah Razidah Adam menyampaikan cenderahati kepada AJK perlaksana program.

 
AJK dan ahli jiranita bersama Wanita ISMA.




Sebahagian peserta kanak-kanak yang turut hadir.


KEMBARA SIHAT DI GIANT.

PROGRAM: KEMBARA SIHAT DI GIANT.
TARIKH: 5 JUNE 2013 /AHAD
TEMPAT: PASARAYA GIANT, NILAI
MASA: 8.00 - 11.00 PAGI
ANJURAN BERSAMA: KRTDA(JIRANITA), JAB.PEMAKANAN PUTRAJAYA, 
KLINIK  KESIHATAN NILAI. DAN [ASARAYA GIANT NILAI.

PENERANGAN DIBERIKAN OLEH PEGAWAI DARI;
Pegawai Pemakanan Putrajaya.
Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan Nilai.kut
AKTIVITI:
1)Cara membaca label pada produk
2)Mengenalpasti nutrisi makanan.

3)Mengamalkan pemakanan sihat.

Berikut adalah beberapa foto dari program tersebut;