Sunday 23 June 2013

BOLASEPAK PERSAHABATAN DI ANTARA KRTDA DAN PPDK, PUTRA, NILAI.

BOLASEPAK PERSAHABATAN DI ANTARA KRTDA DAN PERSATUAN PENDUDUK DESA KOLEJ, PUTRA NILAI,NLAI (PPDK).
Bolasepak remaja KRTDA dan Pers. Penduduk Desa Kolej bersama orang kanan masing-masing bergambar sebelum perlawanan.

Sukan bola sepak adalah sukan paling diminati di seluruh dunia, malah ia menjadi sukan nombor satu di kebanyakan negara termasuklah di Malaysia.

        KRT Desa Anggerik telah memiliki skuad bola sepak remaja dan juga skuad belia yang  aktif bermain di waktu petang dan di hujung minggu. Skuad remaja sentiasa aktif mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad-skuad remaja sekitar Nilai, Seremban dan Sepang.

Taman Desa Anggerik terletak dalam daerah Nilai iaitu di kawasan Putra Nilai, di bawah penyeliaan Majlis Perbandaran Nilai. Desa Anggerik adalah di antara taman perumahan yang terawal di bina di sini. KRT Desa Anggerik ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006 dan dipengerusikan oleh Mejar (B) Jamian bin Jumi. Terdapat kira-kira 700 buah rumah dan terdapat kira-kira 1000 penghuni yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama, hidup dalam rukun dan damai.



        KRTDA melaksanakan tugas dan fungsinya dalam memastikan penghuni sentiasa berhubung dan berinteraksi di antara satu sama lain. Skim Rondaan Sukarela (SRS) masih berjalan sehingga kini dan melibatkan penyertaan ramai penghuni termasuk dari mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kedudukan taman bersebelahan dengan USIM juga menjadikan pihak KRTDA menjadi pilihan warga kampus untuk melakukan kegiatan kemasyarakatan, di mana penghuni taman turut mendapat limpahan ilmu dan aktiviti yang dianjurkan.



KRTDA menggariskan beberapa objektif hasil kejohanan ini.. diantaranya ialah:

1.1     Mewujudkan program-program berteraskan perpaduan dan semangat kerjasama di kalangan penghuni bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia.
1.2     Menggalakkan cara hidup sihat di kalangan penghuni dengan mengadakan kegiatan berbentuk sukan dan rekreasi.
1.3     Mewujudkan satu medium komunikasi dan toleransi dengan mengumpulkan sebanyak mungkin penduduk dalam satu-satu masa bagi membolehkan mereka saling berinteraksi         di antara satu sama lain.
1.4     Meneruskan dan menggerakkan KRTDA dengan aktiviti-aktiviti yang bermanafaat dan berkesan di kalangan AJK dan penghuni taman.
1.5     Mengeratkan persahabatan dikalangan penduduk setempat dengan penduduk taman berhampiran.

            Berikut adalah butir-butir berkaitan program tersebut;

            TARIKH: 30 JUNE 2013 (AHAD)
            TEMPAT: PADANG AWAM DESA ANGGERIK, PUTRA NILAI, NILAI.
            MASA: 8.00 -11.30 PAGI.
            PESERTA: 1) Remaja bawah 19 tahun
                               2) Dewasa
 Program dirasmikan oleh En Mohd Zaizulman b Zainal Abidin, Pegawai Perpaduan Daerah Seremban

Seremban dari Jabatan Perpaduan dan Integrasi Negara.

Keputusan Perlawanan:

1) Remaja bawah 19 tahun dimenangi oleh Pasukan Desa Anggerik (2-2  sepenuh masa. :  penalti 7-6)

2) Dewasa dimenangi oleh pasukan dari Desa Anggerik 1-0

Berikut adalah beberapa foto sekitar program tersebut.

Wajah-wajah ceria pegawai kanan .
Tetamu jemputan  turut hadir menceriakan majlis.
Peserta dari pihak lawan Sdr Azman dan Sdr Helmie sempat bergurau tentang bola yang gagal diselamatkan ke dalam gawang mereka.
Jamuan berat juga disediakan kepada semua peserta dan para hadirin.
Menjamu sambil berbincang strategi permainan bola seterusnya.
Jersey KRTDA siap sedia beraksi.
Para tetamu sedang menjamu selera .
Hadiah yang bakal diterima oleh para peserta.
Sdr Mejar Jamian bin Jumi pengerusi KRTDA sedang memberikan ucapan.
Sdr Kamarul dari Persatuan Penduduk Desa Kolej sedang memberikan ucapan alu-aluan.
 Mr. Kelvin Lim (baju putih)  turut hadir memberi sokongan moral  manakala Sdr Saiful (baju merah) penyerang utama pasukan Desa Kolej  tersenyum manis.
Psukan bolasepak remaja KRTDA dan Desa Kolej bergambar sebelum perlawanan.

Pasukan bolasepak remaja KRTDA.



 

Membuat lining padang sehari sebelum majlis.


Sdr Syawal, Hj Saiful dan Sdr Mazlan sedang gigih membuat garisan padang.
Program telah berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dan tanpa anda semua maka program ini pasti tidak mampu dilaksakan.




No comments:

Post a Comment