Thursday 23 May 2013

ARCHIVE : (OLD) KRTDANILAI BLOG 2008

http://krtdanilai.blogspot.com

Tuesday, December 30, 2008

Kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

 Seluruh Penduduk Desa Anggerik khususnya dan Rakyat Negeri Sembilan amnya berasa dukacita di atas kemangkatan Ke bawah Duli Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada 27 Disember lalu, kira-kira jam 11.45 pagi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban setelah baginda mengadu sakit dada pada pagi tersebut.

Almarhum baginda terkenal dalam kalangan rakyat jelata sebagai seorang pemerintah yang baik dan prihatin di samping aktif dalam bidang sukan. Rakyat keseluruhannya merasa kehilangan besar di atas kemangkatan baginda, dan pihak KRTDA mengucapkan salam takziah kepada kerabat baginda keseluruhannya.
Upacara Pemakaman telah dilangsungkan pada 29 Disember setelah pemahsyuran Tunku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 (gambar). Daulat Tuanku!
Wednesday, December 17, 2008


DESA Anggerik bergelap kerana terputus bekalan elektrik dua hari berturut-turut iaitu dari jam 11.00 malam 16 Disember hingga 4.00 pagi keesokan harinya. Dan pada tarikh 17 Disember pula, kira-kira jam 9.30 malam, sekali lagi penduduk Desa Anggerik terpaksa bergelap kerana masalah sama. Keadaan masih belum berubah semasa artikel ini ditulis. Dan sehingga kini, pihak TNB masih belum memberi sebarang notis atau pemberitahuan berkenaan masalah gangguan elektrik di Desa Anggerik.
Apa yang menghairankan, hanya taman Desa Anggerik yang menghadapi masalah gangguan bekalan elektrik, tidak taman-taman bersebelahan. Sehubungan dengan itu, KRTDA ingin menasihatkan penghuni melakukan persediaan tertentu seperti menyediakan lampu suluh atau lilin bagi menghadapi masalah berkenaan yang berkemungkinan akan berulang pada masa akan datang.
Penduduk juga dinasihatkan agar berhati-hati apabila menyalakan lilin/pelita, dengan meletakkan sebarang sumber api berjauhan dengan barang yang mudah terbakar. Pintu dan tingkap juga mestilah dikunci bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Elakkan tragedi semasa di dalam kesulitan.
Monday, December 15, 2008

[meeting.jpg]

NOTIS
 Satu mesyuarat KRTDA kali ke-4 akan diadakan bagi membincangkan perkara berbangkit dan program yang akan diadakan tahun hadapan, 2009. Berikut adalah maklumat yang berkaitan perjumpaan tersebut:
Tarikh : 25 Disember 2008


Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Desa Anggerik
Semua AJK dan Penghuni dijemput hadir. Terima Kasih.\

Sunday, December 14, 2008 
[logoRTWEB.jpg]

Jiranita Kawasan Rukun Tetangga Desa Anggerik (KRTDA) bakal menganjurkan satu program keagamaan khusus untuk anak-anak penghuni Desa Anggerik tidak lama lagi. Program yang di kenali sebagai Kursus Pemantapan Solat bakal diadakan dalam masa cuti persekolahan ini. Berikut adalah maklumat yang berkaitan dengan program tersebut:


Tarikh : 18 Disember 2008

Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Hari : Khamis

Tempat : Surau Desa Anggerik

Kursus ini akan dibimbing oleh Ustaz Helmi dan penyertaan adalah percuma. Penyertaan dibuka kepada kanak-kanak berumur 6-15 tahun. Penghuni yang berminat untuk menghantar anak mereka diminta menghubungi Ahli Jiranita, atau terus datang pada hari berkenaan untuk pendaftaran.

Friday, December 5, 2008



Pihak KRTDA baru-baru ini telah dijemput untuk menghadiri satu perlawanan persahabatan bola tampar di Bandar Seremban Selatan. Jemputan oleh KRT tersebut telah dipersetujui Pengerusi KRTDA, Mejar (B) Jamian Bin Jumi. Berikut adalah maklumat yang berkaitan:

Tarikh : 14 Disembar 2008
Hari : Ahad
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Kompleks Sukan Bandar Seremban Selatan

Semua pemain diminta bersedia dan di harap dapat menghadirkan diri. Sila rujuk papan kenyataan atau menghubungi jurulatih (Cikgu Mokhtar), atau Kapten Pasukan (EN. Sharif) untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, Kejohanan Bola Tampar KRT Daerah Seremban Selatan yang dijadualkan berlangsung pada Bulan Disembar ini, akan diadakan pada 1 Februari 2009. Semua pemain diharap dapat hadir untuk sessi latihan pada setiap Ahad jam 8.30 pagi di perkarangan Surau Desa Anggerik.
Monday, November 24, 2008


Seperti kelaziman Surau Desa Anggerik (SDA), akan menganjurkan program Qurban yang akan diadakan pada pagi 10 Zulhijjah. Acara dijangka bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir menjelang Asar. Ini termasuk menyembelih lembu (pada tahun ini sebanyak 3 ekor lembu), menyiang, pengagihan serta memasak untuk jamuan makan.
Sehubungan dengan itu, pihak SDA ingin menjemput seluruh penghuni Desa Anggerik yang tidak pulang ke kampung untuk turut serta menjayakan program tersebut. Kupon bagi mendapatkan daging korban akan diedarkan tidak lama lagi. Sambutan bermula pada malam 10 Zulhijjah (dijangka 7 Disember 2008), di mana takbir dari rumah ke rumah akan dijalankan. Sebarang maklumat lanjut sila rujuk papan kenyataan SDA.
Sunday, November 2, 2008

[raya5.jpg][raya4.jpg]



[raya9.jpg][raya2.jpg]



AHAD, 2N
ov 2008-bertempat di hadapan Bilik Gerakan KRTDA, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri/Deepavali 2008 diadakan dalam suasana sederhana tetapi meriah. Penghuni Desa Anggerik mula berkumpul sejak 9.00 pagi bergembira menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Majils yang bermula jam 10.30 pagi didahului dengan bacaan doa oleh Tn. Hj Amer Mansor diikuti dengan ucapan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Desa Anggerik (KRTDA), Mej (B) Jamian Bin Jumi. Pengerusi Surau Desa Anggerik (SDA), Tuan Syed Md Nor. Kehadiran pelbagai lapisan masyarakat berbilang bangsa termasuk penuntut USIM ternyata memeriahkan majlis. Turut hadir beberapa tetamu jemputan termasuk Imam 1 Masjid Putra Nilai, Ustaz Mazlan. Sambutan ini adalah di antara acara tahunan di dalam kalendar aktiviti KRTDA di mana pada tahun ini KRTDA berkolibrasi dengan SDA dalam menjayakan majlis sambutan. Sungguhpun bulan Syawal telahpun berlalu, tetapi kemeriahan tetap dirasai lebih-lebih lagi, perayaan Deepavali masih disambut oleh penganut agama Hindu. Tahniah & Syabas kepada semua yang terlibat!

Wednesday, October 29, 2008


KAWASAN RUKUN TETANGGA DESA ANGGERIK (KRTDA) dan SURAU DESA ANGGERIK (SDA) akan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2008 secara bersama pada

Tarikh : 2 Nov 2008
Hari : Ahad
Tempat : Hadapan Bilik Gerakan KRTDA
Masa : 10.00 AM~12.00PM
Sehubungan dengan itu, semua penghuni Desa Anggerik adalah dijemput hadir untuk menikmati juadah istimewa sambil memeriahkan lagi majlis...
Monday, October 27, 2008
Biro Penerangan KRTDA memohon maaf di atas kesilapan artikel yang terdahulu. Kejohanan Bola Tampar KRT yang di jadualkan pada 26 Oktober lalu, bukan di bawah kelolaan atau anjuran Jabatan Perpaduan Seremban tetapi dianjurkan oleh pihak KRT lain yang turut berada dalam Zon Seremban Selatan. Pihak Biro Penerangan memohon maaf di atas kesilapan fakta. Harap maklum
Sunday, October 26, 2008



Kejohanan Bola Tampar Rukun Tetangga bagi Kawasan Seremban Selatan yang dijadualkan pada 26 Oktober telah ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian, demikian menurut satu kenyataan yang diedarkan oleh Jabatan Perpaduan Daerah Seremban.
Menurut sumber tertentu, pertandingan tersebut berkemungkinan akan diadakan dalam bulan Disember 2008. KTRDA yang telah pun mencari pemain dan siap sedia bertanding terpaksa menerima keputusan berkenaan yang dikatakan berpunca kurangnya sambutan dari pihak tertentu. Apa pun, diharapkan pemain yang terpilih bersabar dan terus menjalankan latihan bagi menghadapi kejohanan tersebut.
Friday, September 26, 2008



Assalamualaikum warahmatullah,

Saya, Mejar (B) Jamian Bin Jumi, selaku Pengerusi KRTDa merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Anggerik ingin mengambil kesempatan ini sebagai mewakili seluruh Ahli Jawatan Kuasa KRTDA untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang bermastautin di Desa Anggerik, Putra Nilai. Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan sepanjang menjalankan tugas kami selaku AJK. Kepada yang pulang ke kampung untuk menyambut lebaran ini, di ucapkan agar sentiasa berhati-hati di dalam perjalanan. Rancanglah terlebih dahulu perjalanan anda, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Insya-Allah kita akan berjumpa semula selepas hari raya nanti. Dan sekali lagi saya ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.

Posted 9th March by jamian jumi

No comments:

Post a Comment