Thursday 23 May 2013

KEM PEMANTAPAN SOLAT DAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR 2013 DI USIM



Ahad 19/5/2013 Jiranita dari  KRTDA bekerjasama dengan pelajar USIM tahun akhir dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat , Sekretariat iCEPS 9 telah mengadakan satu prorgram yang bertajuk Kem Pemantapan Solat dan Kecemerlangan Akademik yang bertemakan "ke arah melahirkan generasi bijak, beramal dan bertakwa". . Sasaran peserta adalah dari sekitar Nilai dan kawasan berhampiran.Alhamdulillah sambutan adalah sangat memberangsangkan. Program ini telah berjaya mengumpulkan pelajar seramai 57 orang pada peringkat umur 7- 17 tahun.

En Mahadir , Penyarah di USIM merasmikan dan menutup program.

Pengerusi Jiranita Pn Cik Suraida Mohd Zani sedang memberikan ucapan alu-aluan.

Sessi fotogafi di hujung program.

       Peserta dikenakan bayaran hanya rm30 sahaja. Peserta akan menerima sijil dan hadiah saguhati untuk setiap peserta.Program bermula dari jam 8.oo pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang. Program ini telah dirasmikan dan ditutup oleh Encik Mahadhir ,Pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat USIM.
Ahli Jiranita terlibat dan Fesilitator dari USIM
       Ucapan terima kasih juga ditujukan buat semua AJK terlibat yang telah membuat promosi dan menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada pihak penyumbang dan penaja yang dermawan semoga sumbangan tuan-tuan  dan puan-puan mendapat tempat tertinggi di sisi Allah.  Maklum balas dari ibu bapa sangat baik dan rata-rata mahu program ini diteruskan pada masa akan datang. Tahniah buat semua.

No comments:

Post a Comment