Thursday 23 May 2013

KELAB RUKUN NEGARA



JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASINAL
OBJEKTIF
  • Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara;
     
  • Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid;
     
  • Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara;
     
  • Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara;
     
  • Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, Toleransi dan kerjasama antara kaum;
     
  • Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;
     
  • Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan pantang larang kaum-kaum di Malaysia.

PERISYTIHARAN RUKUN NEGARA


Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat :
  • Memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
  • Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
Maka kami rakyat Malaysia ,berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :-
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
PROFIL
SENARAI NEGERI-NEGERI YANG TELAH MENUBUHKAN DAN MENERIMA AGIHAN PERUNTUKAN KELAB RUKUN NEGARA ( KRN )
SEHINGGA NOVEMBER 2012
BIL
NEGERI
RENDAH
MENENGAH
JUMLAH
1
Perlis
74
26
100
2
Kedah
241
173
414
3
Pulau Pinang
166
119
285
4
Perak
264
246
510
5
Selangor
384
269
653
6
W.P Kuala Lumpur
198
94
292
7
Negeri Sembilan
173
116
289
8
Melaka
147
73
220
9
Johor
487
240
727
10
Pahang
259
180
439
11
Terengganu
194
135
329
12
Kelantan
199
133
332
13
Sabah
128
207
335
14
Sarawak
161
177
338
15
W.P Labuan
17
9
26
16
W.P Putrajaya
11
11
22
JUMLAH
3103
2208
5311


CARA PERMOHONAN
PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA
Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik Jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah masing-masing.
Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing-masing.
Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, Jawatankuasa ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara dan memilih ahli-ahli jawatankuasa.
Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya Jawatankuasa Kelab Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat agung.
Jawatankuasa hendaklah mengemukakan secara bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari laporan-laporan seperti berikut:-
  1. Perlembagaan kelab;
  2. Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;
  3. Senarai aktiviti utama kelab; dan
  4. Laporan Kewangan.
Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
SOALAN LAZIM

  1. Berapakah jumlah geran pelancaran Kelab Rukun Negara yang diberikan kepada setiap sekolah yang dipilih menjadi kelab rukun Negara?
    • RM1000.00
  2. Bolehkah pelajar antarabangsa menjadi ahli Kelab Rukun Negara?
    • Tidak boleh, ia hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.
  3. Adakah geran peruntukan Kelab Rukun Negara akan diagihkan setiap tahun?
    • Tidak. Geran pelancaran ini diberikan sekali sahaja.
       
  4. Apakah aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam Kelab Rukun Negara
    • Aktiviti KRN boleh dilaksanakan seperti yang digariskan dalam Buku Panduan KRN
       
  5. Siapakah yang boleh dihubungi berkaitan dengan Kelab Rukun Negara?
Sumber: JAB.PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASINAL.

No comments:

Post a Comment